Backup Driver Dengan DriverMax

Terdapat cara alternatif selain menggunakan perisian Driver Genius bagi tujuan backup driver, iaitu DriverMax. Terpulang kepada pengguna, mana satu yang menjadi perisian pilihan untuk membuat backup driver. Yang penting sebelum kita membuat operasi format komputer, pastikan kita membuat backup driver terlebih dahulu…

Perisian DriverMax

gambar-perisian-driverMax

Perisian DriverMax nampaknya lebih banyak features percuma berbanding Driver Genius. DriverMax juga terdapat versi percuma dan versi berbayar, tetapi versi percuma masih mendapat semua kelebihan yang dimiliki bagi pengguna berbayar, cuma versi berbayar mempunyai kelebihan dari segi kuantiti / kelajuan driver yang di download. Tetapi untuk menggunakan semua features, pengguna percuma perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.

    Diantara kelebihan pengguna versi berbayar ialah:

  • – Tiada had download driver sehari.
  • – Boleh membuat pemeriksaan driver update, setiap jam.
  • – Boleh menggunakan DriverMax Agent yang lebih automatik.
  • – Capaian untuk download driver lebih pantas.
  • – Tiada gangguan “ads”, dan lain-lain…

Operating Systems yang boleh menggunakan perisian DriverMax ini pula ialah Windows XP, Vista, 7 dan Server 2003.

driverMax-OS-support

Paling menarik, fungsi “Drivers Backup and Restore” adalah percuma 🙂
Anda boleh mendapatkan DriverMax di sini.

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

6 thoughts on “Backup Driver Dengan DriverMax”

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *