Cara Cari Driver Windows di Internet – Siri 1

gambar-logo-motheboard

Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, pengguna komputer yang perlu membuat installasi Windows selalunya sering berhadapan dengan masalah kehilangan CD driver. Lebih-lebih lagi sekiranya kita yang membantu untuk membaiki komputer orang lain, selalunya komputer diterima tanpa cd driver.

Bagi mencari driver (perisian) tersebut, langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah mengenalpasti model motherboard yang digunakan (sekiranya ingin mencari driver untuk motherboard). Terpulang samada hendak memeriksa model motherboard secara melihat pada motherboard atau menggunakan perisian cpu-z. Sekiranya perisian driver tersebut ada dalam simpanan / koleksi kita, maka masalah selesai. Sekiranya tiada, maka anda boleh ikuti panduan seperti di bawah:

Cara Cari Driver Motherboard

  1. Buka website google atau mana-mana search engine website…
    Taip “driver” atau “download driver“, diikuti dengan nama jenama, seterusnya model motherboard tersebut seperti contoh gambar di bawah.

    cara cari driver motherboard

    Ini kerana kadangkala jika kita taip terus nama model, maka banyak website yang menjual motherboard pula yang terpapar.

  2. Perhatikan hasil carian yang didapati, klik pada hasil carian dari domain pengeluar jenis motherboard tersebut. Jika motherboard jenis ASUS, maka dapatkan perisian dari website ASUS, begitu juga dengan motherboard jenama yang lain…cara cari driver motherboard 2Ini pula kerana terdapat banyak website yang menyatakan mempunyai driver motherboard tersebut. Tetapi kadangkala ia hanya iklan sahaja, ataupun terlalu banyak link untuk diklik sehingga memeningkan kepala dan membuang masa. Maka untuk tidak membuang masa dan untuk mendapatkan terus perisian driver yang betul-betul tepat, rujuk kepada website pengeluar motherboard tersebut.
Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

3 thoughts on “Cara Cari Driver Windows di Internet – Siri 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *