Cara Cari Driver Windows di Internet – Siri 3

Sekiranya anda masih gagal juga cari driver motherboard setelah mengikuti kaedah pertama dan kedua yang lepas, maka saya sarankan anda gunakan kaedah ini pula. Bagi pengguna laptop, saya sememangnya faham masalah anda yang anda alami bagi mendapatkan driver yang sesuai. Bagi pengguna laptop terkini, sering bermasalah untuk mendapatkan driver motherboard, sekiranya ingin menggunakan Windows yang terkebelakang sedikit, contohnya Windows XP.

Bagi kaedah ke-3 ini pula, anda perlu memastikan talian internet anda laju ataupun tidak tersangkut-sangkut. Kerana file yang hendak di download adalah bersaiz besar.




Cari Driver Menggunakan DriverForge dan DriverPacks

Sebelum itu anda perlu mengetahui fungsi perisian di bawah:

DriverForge

    • – untuk membuat installasi driver secara automatik, biasanya dari file yang telah di

compress

    , mengandungi himpunan driver.

DriverPacks

    • – himpunan driver bagi satu-satu

operating system

    , sebab itu file nya agak besar, tetapi anda tidak perlu susah-susah untuk mencari driver tertentu sahaja kerana hampir kesemua driver yang diperlukan ada di sini.

 

Langkah-Langkah Memasang Driver

  1. Download perisian driverforge di sini.
  2. Buka website driverpacks.net, pilih driver yang dikehendaki di sini dan download.
  3. Letakkan semua perisian tadi di satu direktori. Sekiranya anda memang berkerja dalam bidang pembaikan komputer, dinasihatkan supaya burn files ini ke dalam satu CD atau simpan di dalam pendrive.
  4. Buka file perisian driverforge.gambar-driverForge

    gambar-driverForge-DriverPacks

    i. Nombor satu merujuk kepada direktori di mana file driverpacks tadi disimpan.
    ii. Nombor dua merujuk kepada lokasi direktori di mana compressed file driverpacks di extract.
    iii. Nombor tiga merujuk kepada pilihan restart selepas installasi driver.

  5. Klik butang start, perisian driverforge akan memilih sendiri driver yang sesuai dengan komputer anda, dan mula membuat installasi secara automatik.gambar-driverForgen-auto-install
  6. Setelah komputer di restart, periksa semula driver komputer anda. Sekiranya semua driver telah dipasang, ianya seperti gambar di bawah.gambar-check-driver-installed

ps: jangan terkejut, sekiranya anda hantar komputer/laptop anda ke kedai komputer, harga upah untuk installasi 1 driver sahaja anda boleh dicaj RM40, bayangkan kalau ada 5 driver!!


Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

12 thoughts on “Cara Cari Driver Windows di Internet – Siri 3”

    1. Buka website driverpacks.net tu, klik pada “Downloads”. Pastu nak mudah, klik pada “Get The Latest”.
      Pastu tengok kita guna OS jenis apa, download driver yang berkenaan ataupun download semua…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *