Sebelum ini saya terfikir saya tidak perlu meletakkan artikel sebegini, tetapi apabila teringat kisah lama; kawan saya yang biasa dengan komputer pun boleh terformat data pengguna di pejabat kerana tersilap langkah semasa membuat installasi windows, maka saya rasa terpanggil untuk buat artikel installasi windows juga. Disamping itu, boleh juga menjadi rujukan kepada pengunjung blog ini yang baru mempelajari berkenaan installasi sistem operasi.
Panduan installasi windows ini juga saya selitkan juga dengan beberapa tips, walaupun kita telah biasa membuat installasi windows, tetapi mungkin tidak perasan ada beberapa perkara juga perlu kita ketahui.
* Pada masa ini, saya menumpukan kepada windows dahulu, bab open source akan disentuh pada masa akan datang sekiranya berkesempatan. Mungkin ada yang bertanya kenapa windows xp, bukannya windows 7 yang lebih terkini? Sebenarnya saya hanyalah menerangkan konsep install windows, tidak kiralah apa jenis windows sekalipun, caranya hampir sama sahaja…
Ubah Setting BIOS Boot Order
– Hidupkan komputer dan masuk kepada menu setup bios. Cari menu “boot order” (mungkin paparan bios setting anda berbeza). Ubah setting supaya keutamaan boot pertama ialah dari “CD-ROM / DVD-ROM”. “Save setting” dan komputer akan di reboot semula.
Langkah-Langkah Installasi Windows
1. Pastikan CD Windows Installer (Bootable) telah dimasukkan ke dalam CD-ROM.
2. Tekan apa-apa butang keyboard semasa paparan “Press any key to boot from CD…”.
3. Anda akan melalui paparan-paparan seperti di bawah, untuk membuat pemilihan, sila ikuti petunjuk di sudut bawah paparan tersebut. Contohnya “Enter” untuk teruskan membuat installasi windows, “R” untuk baiki windows system files yang telah dibuat installasi sebelum ini dengan menggunakan command more, “F3” untuk batal.
– paparan ini hanya muncul sekiranya hard disk anda telah dibuat installasi windows pada sebelum ini, ia bertujuan untuk membaiki windows system file yang rosak, secara automatik.
– kenalpasti petunjuk-petunjuk yang diterangkan di atas bagi operasi membuat partition hard disk terlebih dahulu.
…bersambung di artikel akan datang
salam aidilfitri..
bgs la tip ni..teruskan bro…
sy ade soalan ni..tp lari topik la..
saya ade laptop yg siap windows vista mase beli dulu..tp skrg pakai windows 7 pirate nye..
1)mcm mne sy nk ke vista semula???
2)blh ke guna RECOVERY CD dari manufacturer??
klu xkeberatan blh la tlg tunjuk ajar..
salam aidilfitri juga..
1) kalu ada CD vista, ikut je panduan ni..lebih kurang sama je cara install windows xp dan vista.
2) kalu itu betul2 cd recovery, sepatutnya boleh digunakan..
kalau ada masalah driver, boleh ikut panduan ini pula https://sufian.info/2010/09/cara-cari-perisian-drivers-di-internet-siri-1/
ohh. tq. da lama xguna virtual os. biasa guna vmware. virtual box x pernah guna
pun boleh juga..