Setelah proses installasi windows awal telah berjaya tanpa ada masalah, ini bermakna perkakasan komputer kita adalah berkeadaan baik dan bersedia untuk menjalankan proses installasi windows yang seterusnya.
Membuat Partition Hard Disk
Sebelum anda melaksanakan proses ini, dinasihatkan supaya anda memastikan anda telah membuat back-up data pada hard disk terlebih dahulu!
Ini kerana apa yang anda lakukan pada ketika ini, akan di“ingat” oleh komputer dan operasi seterusnya akan mengikut sahaja apa yang anda lakukan, walaupun anda tersilap sedikit sahaja, itu juga akan dilaksanakan pada operasi seterusnya..
Sebagai contoh, sekiranya anda berhasrat untuk jadikan partition sediada drive C:\ untuk windows, manakala terdapat data pada drive D:\ , sekiranya anda “bermain-main” untuk delete semua partition, kemudian jadikan sama seperti asal semula, tetapi hasilnya data pada drive D:\ telah hilang! Ini kerana komputer hanya mengikut sahaja apa yang anda lakukan tadi. Oleh itu sekiranya hard disk anda sebegini, hanya ubah partition selain drive D:\ yang mempunyai data…
Sekiranya hard disk anda kosong seperti baru dibeli (seperti gambar di atas), tiada apa yang perlu dirisaukan, teruskan sahaja seperti langkah di bawah:
Tekan “Enter” untuk buat partition hard disk, anda boleh baca pada paparan seperti gambar di atas yang menerangkan maklumat berkenaan saiz partition yang anda pilih tadi.
Ubah saiz partition tersebut kepada saiz yang dikehendaki.
* Bagi partition pertama (untuk windows), pastikan saiz adalah sesuai, sebagai contoh windows xp memerlukan minima 13** MB (1.3GB – 1.4GB). Lebih lagi bagus…
Tekan “Enter” setelah pasti dengan pilihan anda, paparan seperti di atas akan terpapar. Anda telah tetapkan drive C:\ untuk windows. Sekarang tetapkan pula “unpartioned space” yang lain. Anda bebas untuk tetapkan beberapa banyak partition berdasarkan saiz hard disk anda, dan kegunaannya. Hanya ikut seperti langkah yang sama…
(Angka di atas hanya contoh sahaja…)
Ini adalah contoh hasil partition hard disk yang telah selesai. Kelihatan masih terdapat “unpartitioned space” bersaiz 2MB. Biarkan sahaja kerana ini adalah partition default yang diperlukan untuk kegunaan system / partition table.
* Untuk proses installasi windows seterusnya, pastikan sedang di highlight pada drive C:\ (partition untuk diinstall windows).
Delete Partition
Sekiranya anda tersilap atau ingin membatalkan tetapan partition yang telah dibuat, hanya tekan butang “D” dengan highlight pada partition yang hendak di delete.
* Prosedur “delete partition” adalah berbeza dengan “create partition”. Create partition perlu di buat dari atas ke bawah, tetapi “deleta partition” perlu di buat dari bawah ke atas pada senarai partition yang dipaparkan.
(Contoh paparan setelah tindakan delete dibuat)
1024 MB, err… camne hdd boleh kecik camtu ek?
guna virtual je..
nie ada lagi nie… kena tunggu episod yang akan datang.. huhu
ye..tgh susun idea le ni 🙂
wah lame ana tak komen kat blog anta…bagus ajar semua install sendiri palk…hantar kat kedai paling kurang RM50 hehe…nanti anta kena ajar nak pasang ink printer kat luar plak…ke dah ade…sebab ana kena RM50 untuk cuci je..
kalu bleh, tgk camne dia buat… ntah2 simple kita pn bleh buat..
ni mesti ada siri 3 ni. rajin tuan blog. bagus2. teruskan usaha dan selamat hari raya. maaf zahir batin ye.
insyaAllah, banyak juga cabaran berblog ni.. tapi cuba mana terdaya.. tihh tihh 🙂
you made the list: http://kisahberuang.com/2010/09/20/thank-you-for-your-comments-august-2010/ 🙂
thanks 🙂