3 Teknik Komputer yang Mudah dan Menguntungkan Kedai Komputer

Kebiasaannya apabila pengguna komputer mengalami masalah komputer, terutama sekali masalah yang melibatkan kerosakan yang menyebabkan pengguna tidak dapat menggunakan terus komputer, pengguna akan mencari penyelesaian yang segera dan mudah untuk dilaksanakan. Antaranya ialah mendapatkan bantuan baiki komputer dari kedai komputer.

Bagi pengguna, kadangkala duit bukan masalah utama, yang penting ialah supaya masalah dapat diatasi. Bagi tuan punya kedai komputer, inilah peluang yang menguntungkan. Sekiranya masalah komputer tersebut telah biasa dihadapi dan diselesaikan, ia adalah sesuatu kelebihan bagi kedai komputer kerana pasti komputer tersebut dapat dibaiki dengan mudah!

Teknik untuk membaiki komputer selalunya dapat diperolehi dari pengalaman, perbincangan, pembacaan dan lain-lain lagi. Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi pula sedikit teknik komputer yang mungkin boleh memberi manfaat kepada pengguna komputer ataupun tuan punya kedai komputer 🙂 :

Teknik Komputer 1: Masalah Windows Blue Screen Error

  • Punca kerosakan komputer:
    Selalunya ia disebabkan system file windows yang rosak. Ada banyak kemungkinan kenapa masalah ini terjadi, contohnya blackout elektrik ataupun force shutdown komputer secara tiba-tiba, berbagai-bagai lagi…
  • Penyelesaian:
    Hanya masukkan CD Windows Installer semula ke dalam pemacu CD/DVD, kemudian ikuti langkah-langkah installasi windows semula, kemudian ambil pilihan “To repair the selected Windows … installation, press R“. Ikuti sahaja langkah seterusnya seperti biasa.. sambil tu bolehlah anda tengok TV dan sebagainya.. kan mudah? 🙂

Teknik Komputer 2: Masalah Komputer Hang Setelah…

  • Punca kerosakan komputer:
    Cuba tanya pengguna komputer, sebab apa rosak.. (kira macam doktor jugalah, tapi ini doktor komputer 🙂 ). Jika pengguna menyatakan contohnya, komputer hang sejak semalam, selepas guna cd bla blaa.. beli kat pasar malam.. jadi kita telah pun tahu penyelesaiannya – kita perlu membuang perisian yang menjadi punca masalah komputer tersebut.
  • Penyelesaian:
    Anda perlu boot komputer menggunakan teknik safe-mode kerana komputer akan hang sekiranya normal boot, uninstall/ remove perisian tersebut. (Cara untuk masuk safe-mode hamper sama seperti memulakan menu BIOS, tetapi anda perlu tekan button F8). Kemudian bagi membetulkan registry komputer, anda boleh kembali semula kepada setting registry yang asal dengan menggunakan teknik System Restore (teknik ini juga sesuai sekiranya anda tidak berjaya uninstall perisian tersebut).

    Gambar System Restore 1

    Gambar System Restore 2

    Pilih tarikh yang lepas dimana anda yakin komputer berkeadaan baik pada tarikh tersebut. (Shortcut program System Restore, buka Menu Run dan taip %SYSTEMROOT%\System32\restore\rstrui.exe)

Teknik Komputer 3: Masalah Komputer Lembap

  • Punca kerosakan komputer:
    (Sekiranya pengguna komputer menyatakan lembap sejak mula-mula guna, hehe.. tu tandanya kena upgrade spesifikasi perkakasan komputer tu). Selalunya komputer boleh menjadi lembap walaupun spesifikasi komputer tersebut adalah berspesifikasi high performance kerana disebabkan oleh terlalu banyak perisian yang dipasang pada komputer tersebut. Lebih-lebih lagi perisian tersebut mempunyai error ataupun memerlukan network segera.
  • Penyelesaian:
    Gunakan teknik msconfig supaya program perisian tersebut tidak di “cari” semasa membuka Windows nanti. Saya telah terangkan teknik msconfig ini di artikel “cara baiki komputer lambat siri 2”. Lagi bagus jika anda ubah setting msconfig ini dalam keadaan safe-mode.
Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

10 thoughts on “3 Teknik Komputer yang Mudah dan Menguntungkan Kedai Komputer”

  1. Salam,

    Untuk permulaan buka kedai servis komputer dahulu sebab lebih mudah dan modal yang tidak besar. Sebab bagi saya, servis lebih baik dari jualan.

    Tambahan, PC lembab kadang-kadang disebabkan virus. Antivirus memang kena update selalu.

    1. buat windows repair takpe, tapi jangan format (hati-hati)..
      sekejap je dan data tak hilang, hanya betulkan system files sahaja.

      apa2 pun sebaik2nya backup juga data sebelum buat.

  2. salam,
    sudah lama tak melawat sufian ni…betul tu memang ni antara sebab pc rosak p hantar kedai,tapi nk bukak kedai komputer kena cr supplier yg boleh lawan kedai gergasi hehe biasa Chinese dapat brg murah memang kena modal besar…tapi ape pun kalau nak buat boleh je…mesti jadi punye,selagi ada yg boleh buat selagi tula kita boleh buat kan…

    1. salam,
      menurut jutawan melayu al-bukhary, ada setengah2 perkara memang kita perlu belajar dgn mereka.. sebab mereka memang dah lama dan bnyk pengalaman.. tapi jgn bergantung 100%, kena ada usaha kita juga..

      ps: saya pun baru balik out-station, baru nak aktif balik blog, insyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *