USB 3.0 – Super Speed USB

Superspeed USB 3.0 Logo

Gambar Superspeed USB 3.0 Logo
USB 3.0, juga dikenali sebagai SuperSpeed USB, ialah teknologi USB yang lebih canggih daripada USB 2.0 yang telah saya terangkan sebelum ini. USB 3.0 telah mula diperkenalkan pada tahun 2007, 2008, tetapi telah mula banyak digunakan di Malaysia sekitar awal tahun 2010 (dari pemerhatian saya).

Permintaan terhadap peningkatan teknologi USB sememangnya telah dijangka, kerana penggunaan peranti dan aksesori yang menggunakan kemudahan USB adalah semakin meningkat dipasaran. Komputer peribadi, kamera digital, pendrive, external hard disk, telefon bimbit dan banyak lagi peralatan yang menggunakan kemudahan USB secara meluas, sudah semestinya menyokong perkembangan teknologi USB ini. Tambahan pula saiz penggunaan data pada masa kini adalah sangat besar, maka keperluan penghantaran data menggunakan USB juga adalah besar! (Teringat pula suatu ketika dahulu, hard disk 2GB pun sudah dianggap kapasiti yang besar, tetapi pada masa kini pendrive USB 2.0 2GB berlambak dipasaran dengan harga yang sangat murah…)

Perbezaan USB 3.0 (Super Speed) dan USB 2.0 (High Speed)

  1. USB 3.0 menghantar data secara full-duplex, manakala USB 2.0 secara half-duplex.
  2. Wayar yang digunakan oleh USB 3.0 adalah lebih banyak, ini kerana bagi tujuan menyokong full-duplex transmission yang lebih pantas.
  3. USB 3.0 menghantar data 10 kali lebih laju berbanding USB 2.0.

Kelajuan USB 3.0 (Super Speed)

– maksimum 4.8GBps

Gambar-gambar yang berkaitan…
gambar-usb-3.0-connector

gambar-usb-ports

gambar-usb-connectors

Selepas ini, apa pula yang akan muncul ya? 🙂

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

12 thoughts on “USB 3.0 – Super Speed USB”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *