Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, fungsi perisian nlite adalah untuk mengubahsuai CD Windows Installer supaya kita dapat membuat installasi Windows dengan lebih mudah dan cepat. Perisian nLite adalah percuma dan boleh didapatkan dari www.nliteos.com, cuma ia hanyalah boleh digunakan untuk Windows 2000, Windows XP dan Windows 2003 Server setakat ini.
Cara Menggunakan nLite
Setelah anda mendapatkan perisian ini dan membuat installasi pada komputer anda, anda hanya perlu memasukkan CD Windows Installer selepas perisian ini dimulakan.
Terdapat beberapa pilihan yang boleh anda gunakan, diterangkan seperti di bawah:
-
- Task Selection
Di sini anda boleh lihat bahawa terdapat berbagai-bagai pilihan yang boleh anda cuba…
-
- Service Pack / Update Packs
Saya telah menerangkan serba sedikit berkenaan apa itu service pack di blog lama saya – sufianpc. Pilihan service pack pada nLite membolehkan anda menghasilkan CD Windows Installer baru yang lebih terkini dari yang sedia ada.
-
- Drivers
Anda boleh memasukkan terus drivers komputer anda ke dalam CD Windows Installer yang akan dihasilkan nanti. Maka, drivers komputer anda akan dipasang secara automatik semasa installasi Windows. Contohnya, memasukkan “SATA driver” seperti yang telah diterangkan di blog lama saya – sufianpc.
-
- Components
Pilihan ini pula membolehkan anda membuat pilihan berkenaan jenis applikasi yang perlu disediakan secara automatik di dalam CD Windows Installer nanti.
-
- Unattended
Terdapat banyak pilihan yang penting untuk anda cuba di dalam menu “Unatteded”. Anda boleh melihat dan mencubanya sendiri. Contohnya masukkan terus “Windows Product Key”.
Begitu juga dengan masukkan terus “Computer Name, Workgroup, Domain” komputer.
Juga anda boleh sediakan terus login pengguna dan password nya sekali.
-
- Tweaks
Terdapat juga beberapa Windows tweaks yang boleh anda lakukan, contohnya menghidupkan beberapa services dan settings.
-
- Bootable ISO
Akhirnya, cipta image ISO untuk kemudahan anda membuat salinan CD Windows Installer yang baru sahaja anda ubahsuai…
Dengan adanya file ISO ini, anda tidak perlu mengulang cara-cara di atas. Anda hanya perlu burn file ISO tadi sahaja sekiranya hendak membuat CD/DVD installasi Windows yang baru. Mudah bukan?
Update: Perisian nLite juga boleh digunakan untuk Windows 7 dan Windows 10.
cd yg dihasilkan tu..blh ka digunakan pd model pc yg len..??
boleh,
cuma jangan set product sekali dalam tu..
sebab 1 PC hanya boleh guna 1 original license / product key sahaja…
sy pernah try guna ni sbb nak masukkan sata dlm cd xp n modified setting. mudah dan senang. cuma 1 je yg xpuas ati. sbb sy suka ada mode repair dlm cd tu. tapi kalau wat mode repair xley wat fully unattended. ada kene tekan sikit masa installation windows. try tanya kat forum dorang pun kata mmg xley. tapi tak tau la kalau ada version baru.
saya pun guna nlite sebelum ni sebab masalah cd winXP takde driver SATA je..
pastu utk fully unattended guna vlite utk win7, setakat ni berjaya..