Komputer Lambat? Apa Cara Untuk Membaikinya – Siri 1

Diantara soalan yang sering ditanya berkenaan masalah komputer ialah “kenapa komputer saya lambat / lembap?”. Soalan ini memang selalu didengar, tapi jawapannya tidak semudah itu. Mungkin ada banyak jawapannya, mungkin saya tahu, mungkin juga saya tidak pernah tahu… Apa yang saya cuba terangkan adalah sebagai panduan sahaja, berdasarkan dari pengalaman saya yang tidak seberapa…

Punca Masalah: Spesifikasi Komputer Terlalu Lama






Penyelesaian:

Apabila komputer lambat operasinya disebabkan spesifikasinya yang agak lama, tiada cara lain yang perlu dilakukan selain menaiktaraf komputer tersebut (sekiranya masih mahu menggunakan komputer lama tersebut). Tambahan pula applikasi / perisian komputer yang banyak digunakan pada zaman ini adalah memerlukan sokongan perkakasan komputer yang terkini dan pantas. Tetapi apakah komponen komputer yang perlu ditukar? Perlu dinaiktaraf (upgrade) komputer tersebut atau tukar sahaja kepada komputer yang baru?

Apakah komponen komputer yang perlu ditukar (upgrade)?

Sebenarnya bukan semua komponen yang perlu ditukar. Bagi tujuan menambah kelajuan prestasi sesebuah komputer, biasanya komponen-komponen di bawah sahaja perlu ditukar sekiranya komponen yang asal boleh mengurangkan prestasi komputer, seterusnya menjadikan komputer tersebut lambat walaupun hanya menjalankan beberapa program asas sahaja:

  • Motherboard
  • Seperti yang sering saya perkatakan sebelum ini, motherboard merupakan tapak / asas bagi semua komponen komputer. Sekiranya kita mahu menukar komponen-komponen yang lain, maka motherboard juga perlu ditukar. Tambahan pula motherboard yang baru menyediakan soket processor, port SATA, graphic card port, slot RAM, dan lain-lain lagi yang terkini. Mahu atau tidak, kita terpaksa juga untuk menukar motherboard yang baru…

  • Processor
  • Rasanya sesiapa pun pasti pernah dengar kelajuan Processor 3GHz, 3.2 GHz, Dual Core… Maka sudah pastilah, bagi meningkatkan kelajuan komputer, kita juga perlu meningkatkan kelajuan processor memproses data.

  • RAM
  • Sesuai dengan fungsi RAM untuk menyimpan ingatan semasa applikasi komputer digunakan, kebiasaannya pengguna akan menggunakan banyak applikasi pada satu masa, maka prestasi RAM juga perlu ditambah. Tetapi RAM yang pantas dan terkini pada masa kini menggunakan slot RAM yang berbeza daripada slot RAM pada komputer lama. Oleh itu, RAM juga perlu ditukar!

  • Hard Disk
  • Hard Disk sentiasa digunakan dan berlaku penghantaran data di dalam komputer, oleh itu jika hard disk lama masih digunakan (2GB dan kebawah), maka ia juga boleh melambatkan operasi komputer. Pada masa kini biasanya kelajuan hard disk ialah minimum 7200 RPM (round per minit).

  • Graphics Card
  • Bagi sesiapa yang mahu menggunakan graphics card, setelah motherboard baru ditukar, terpaksalah juga beralih kepada graphic card yang menggunakan slot PCIE, sekurang-kurangnya…
    Dengan menggunakan graphics card tambahan, kita sebenarnya juga telah menjimatkan ruang ingatan RAM kerana graphics card mempunyai RAMnya sendiri.



Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

10 thoughts on “Komputer Lambat? Apa Cara Untuk Membaikinya – Siri 1”

  1. sy ade masalh pd monitor
    ini tentang logo
    tibe2 sume logo mcm google chrome, GOM Player menjadi satu logo yg same iaitu logo realplayer
    mcm mne nk tukarkn logo yg salah tu kpd logo yg asal balik????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *