Sedikit Makluman Dari Sufian.info

Diatas tanggungjawab kerja, saya terpaksa abaikan untuk mengemaskini blog ini buat sementara waktu. Kata orang, kalau sayang tu “tinggal-tinggalkan”.. 🙂
Di sini saya paparkan beberapa aktiviti saya baru-baru ini.

Baiklah, salah satu perkara yang boleh saya kongsikan bersama ialah perjalanan saya ke Tawau, Sabah.

Gambar Sebelum Penerbangan Air Asia

surau-LCCT
Pergi sorang je, so kalau nak ambil gambar sendiri kena la ambil gambar cermin 🙂

Persiaran Traulsen Tepi Pantai Tawau

Persiaran-Traulsen
Pantai ni sebenarnya untuk jalan-jalan / rekreasi dan tempat feri berlabuh sahaja, bukan untuk mandi manda.

Akhbar The Borneo Post

borneo-Post
Emm.. ada cerita yang menarik “Malaysian hacked into US Federal Reserve’s computers”. Warga Malaysia yang menceroboh sistem bank di US ini mencuri lebih 400,000 akaun kredit kad!!! Akibat daripada tindakan yang tidak beretika ini, penceroboh tersebut telah ditangkap semasa dia berada di US.
~Secanggih mana komputer sekalipun, faktor keselamatan adalah paling penting sekali.~




Pasar Tanjung

Pasar-Tanjung
Selalunya inilah salah satu tumpuan pengunjung ke Tawau. Kalau nak dapatkan keropok (saya tak ingat namanya), ikan bilis, udang segar, ikan masin…

Masjid

Masjid-Al-Kauthar
Terdapat dua masjid di sini bagi kemudahan orang Islam, iaitu Masjid Bandar dan Masjid Al Khauthar.

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

2 thoughts on “Sedikit Makluman Dari Sufian.info”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *