Cara Mengatasi Serangan Rootkit

Kebiasaannya kita telah biasa mendengar berkenaan serangan virus, worm dan spyware, tetapi mungkin ada yang tidak pernah mendengar berkenaan serangan rootkit.

Definisi Rootkit dan Mengenali Serangan Rootkit

Rootkit (perisian “root”) ialah perisian tersorok yang mengambilalih tugas / kuasa capaian utama (privileged access sebagai root / administrator) terhadap sesebuah komputer. Dengan beroperasi seolah-olah sebagai root / administrator komputer, maka fungsi operating system dan applikasi -applikasi komputer dapat diubah dengan mudah, terutamanya bagi mengelak rootkit ini dikesan. Selanjutnya rahsia maklumat di dalam komputer dapat dicuri, dan perisian antivirus bagi membuang rootkit ini juga telah dilumpuhkan!





Contoh virus rootkit yang pernah saya alami ialah virus “JambanMu“. Rootkit ini masih aktif walaupun saya telah menjalankan Windows secara “safe-mode“!

Setakat yang saya tahu, open source operating system contohnya linux adalah selamat dari serangan virus, tetapi rootkit adalah satu-satunya virus yang menjadi ancaman terhadap linux…

Cara Mengatasi Serangan Rootkit

    Selain daripada format komputer, anda boleh mencuba perisian anti-rootkit di bawah:

  • Gmer
  • Rkhunter (arahan untuk install dalam ubuntu: sudo apt-get install rkhunter)
  • Chkrootkit (arahan untuk install dalam ubuntu: sudo apt-get install chkrootkit)

* Terdapat juga antivirus yang dapat mencegah kemasukan rootkit (bukan semua antivirus..)

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *