Komputer Lambat? Apa Cara Untuk Membaikinya – Siri 4

Bagi pengguna Windows juga, memang tidak boleh lari dengan masalah virus. Pengguna Windows kelazimannya adalah mangsa serangan virus. Walaupun komputer kita mempunyai spesifikasi kelajuan paling tinggi, tetapi apabila telah dijangkiti virus, maka masalah komputer lambat masih juga berlaku, lebih parah lagi boleh jadi hang komputer kita.

Tidak terlepas juga ancaman spyware, walaupun pada zahirnya komputer kita hanya menjalankan satu dua program sahaja pada satu masa, tetapi di belakang tabir proses komputer (backdoor), terdapat banyak program spyware yang memenuhkan ruang RAM dan memaksa processor komputer melaksanakannya. Seperti sedia maklum, data / maklumat peribadi kita (email, kad kredit) juga tidak mustahil dapat dicuri!

Oleh itu, saya berikan beberapa cadangan seperti di bawah:

  • Jika anda minat untuk mencuba open source (mungkin juga dah tahu guna) seperti ubuntu, freebsd, redhat fedora dan sebagainya, maka gunakan sahaja open source ini. Kebarangkalian untuk diserang virus adalah jarang sekali. Sememangnya open source berasaskan unix ini diwujudkan untuk memberi kelebihan kepada tahap keselamatan data / pengguna komputer. Cuma jika anda menggunakan applikasi sharing SAMBA, masih ada lagi antivirus untuk linux untuk dicuba contohnya clamav.
  • Jika anda adalah pengguna komputer yang tidak menggunakan apa-apa sumber yang boleh menyebabkan berjangkitnya virus komputer, contohnya tidak menggunakan pendrive, internet, cd-cd data, dan seumpanya. Anda tidak perlu risau, gunakan sahaja komputer tanpa antivirus kerana tiada cara pun virus dapat memasuki komputer anda (saya pernah jumpa orang sebegini, hanya menggunakan komputer untuk taip dan cetak sahaja).
  • Namun jika anda adalah pengguna setia Windows dan banyak menggunakan pendrive, internet, atau apa sahaja sumber yang boleh mengundang virus, maka anda sememangnya perlu menggunakan antivirus, lebih bagus yang asli (antivirus + anti spyware + firewall + antiphishing dll..). Memanglah penggunaan antivirus sedikit sebanyak akan menyebabkan lambat sedikit komputer kita, tetapi jika dah kena serangan virus nak buat apa pun dah tak berguna..
    Terdapat banyak antivirus yang percuma untuk dicuba contohnya avira, eset nod 32, kaspersky (3 hari percuma sahaja), clamav dan lain-lain lagi.
    Pastikan juga antivirus yang digunakan sering dikemaskini (update) kerana ada sahaja virus baru yang wujud setiap hari!
Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

14 thoughts on “Komputer Lambat? Apa Cara Untuk Membaikinya – Siri 4”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *