Kadangkala terdapat juga pengguna yang mengadu komputer lambat, dengan menunjukkan capaian internet di browser yang lembap. Tetapi setelah komputer tersebut diperiksa, didapati tiada masalah pada spesifikasi komputer tersebut, yang menjadi masalah sebenarnya ialah capaian internet tersebut.
Cara Memperbaiki Internet Lambat / Lembap
Sekiranya anda mempunyai masalah capaian internet streamyx yang lambat, anda boleh mencuba langkah-langkah yang telah saya tunjukkan di blog SufianPC (http://sufianpc.blogspot.com/2009/11/recover-streamyx-speed.html).
* jika selain streamyx saya tidak tahu kerana saya guna streamyx sahaja 🙂
Sekiranya capaian internet anda adalah baik, disini ada beberapa cara untuk melajukan browser internet anda (Firefox Windows dan Firefox Ubuntu):
- Sekiranya anda menggunakan Windows, gunakan perisian Firetune seperti yang diterangkan di blog SufianPC (http://sufianpc.blogspot.com/2008/11/tambah-kelajuan-firefox.html)
- Gunakan Firefox Add-ons Tweak Network di sini. Anda hanya perlu aktifkan pilihan “tweak network” sahaja. (saya tahu mengenai add-on ini dari blog rtikel.com)
- Bagi pengguna Ubuntu Versi 10.04 yang mengalami masalah capaian internet yang lambat, sila ubah konfigurasi firefox anda seperti di bawah:
- – taip about:config di ruang URL
- – pada ruang search, taip network
- – “network.http.pipelining”, ubah kepada True
- – “network.http.pipelining.maxrequests”, ubah kepada 8 atau 10
- – “network.http.proxy.pipelining”, ubah kepada True
- – “network.dns.disableIPv6”, ubah kepada True
owh maca mtuh akan cuba gunakan yang pakai musang berapi tuh..
bleh cuba, kalu browser lain mgkin ada cara juga, tapi aku tak pernah cuba..