Komputer Lambat? Apa Cara Untuk Membaikinya – Siri 7

Di bawah ini saya ringkaskan beberapa cara yang lain untuk membaiki masalah komputer lambat:

    • Services: Ubah konfigurasi services (services.msc) supaya hanya menggunakan service yang perlu sahaja. Maklumat lanjut boleh didapat di blog SufianPC (http://sufianpc.blogspot.com/2009/01/tips-lajukan-pc-versi-1.html)
    • BIOS Setting: Pastikan konfigurasi BIOS adalah tepat mengikut perkakasan komputer yang digunakan, contoh: frekuensi RAM – 667MHz, DMA Setting – SATA)
    • System Update: Update driver motherboard sekiranya terdapat versi driver yang terbaru dari website pengeluar motherboard. (Boleh juga update BIOS komputer, tetapi tidak disarankan kecuali terpaksa). Operating System juga hendaklah dikemaskini (sekiranya menggunakan Windows, pastikan ori ye 🙂 )

  • Penyelenggaraan Hard Disk: Lakukan penyelenggaraan berkala seperti disk defragmentation, scandisk, disk cleanup. Ini adalah bagi memastikan kelancaran capaian data dari hard disk. Disamping itu anda juga boleh menggunakan perisian tambahan bagi tujuan disk cleanup, contohnya ccleaner dan cleanafterme. Pilih data yang hendak dihapuskan, contohnya firefox temporary files.
  • Optimize RAM: Kurangkan icon-icon desktop, hapuskan start-up menu yang tidak digunakan… File-file yang terlalu banyak di paparan desktop memang memudahkan pengguna untuk merujuk file-file tersebut sekiranya kerap diperlukan. Tetapi jika file-file tersebut tidak penting, lebih baik letak sahaja di folder lain selain di desktop. Ini kerana bukan sahaja desktop anda nampak berserabut, bahkan ruang RAM anda sentiasa diisi dengan maklumat file-file tersebut, sedangkan anda tidak menggunakan file-file tersebut!
    Hapuskan juga program-program (perisian) yang tidak digunakan. Kurangkan ruang virtual memory sekiranya kapasiti RAM anda agak besar (GB).
  • Polisi Penggunaan Komputer: Kurangkan penggunaan program pada satu-satu masa. Terdapat juga pengguna yang tidak pernah mematikan komputer, bagi mereka sebaiknya cuba untuk restart komputer sekurang-kurangnya sekali seminggu.
  • Windows Vista / Windows 7: Bagi pengguna Windows Vista dan Windows 7, anda masih boleh menggunakan 1GB RAM. Tetapi disarankan untuk menggunakan 2GB RAM, adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan 3GB RAM atau lebih lagi.
    Selain menambah kapasiti RAM, anda boleh cuba membuat setting “Adjust Visual Effect Win7 / Vista” bagi mengoptimumkan penggunaan RAM yang sesuai untuk paparan grafik komputer anda. Namun, anda juga masih boleh menggunakan pendrive untuk menambah prestasi RAM anda dengan cara setting “ReadyBoost” (Right Click Pendrive > Properties > ReadyBoost Setting).

* Maaf, artikel kali ini agak express (boleh tanya semula jika kurang faham 🙂 )

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

4 thoughts on “Komputer Lambat? Apa Cara Untuk Membaikinya – Siri 7”

Leave a Reply to sufian Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *