Cara Buat Boot Disk Guna Pendrive (UNetbootin)

format-diskette-startup-disk
Masihkan anda ingat cara untuk buat system boot disk (MS-DOS startup disk) menggunakan disket floppy seperti gambar di atas? Boot Disk menggunakan disket floppy sering digunakan semasa penggunaan Windows 3.1 / 95 / 98 dahulu. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk boot Windows, maka anda boleh gunakan disket floppy yang telah diinstallasi dengan perisian / program Windows system boot disk supaya komputer anda tidak hang begitu sahaja. Hasilnya komputer yang diboot menggunakan system boot disk ini akan dapat memulakan program MS-DOS, supaya anda boleh membetulkan ralat yang berlaku pada Windows boot.

Namun pada masa kini, rata-rata pengguna komputer tidak lagi menggunakan disket floppy! Kebanyakan pengguna hanya menggunakan pendrive bagi tujuan portable storage. Maka, bagi membuat system boot disk, pendrive digunakan bagi menggantikan disket floppy…





Tetapi masalahnya, kita tidak boleh membuat system boot disk untuk pendrive! (gambar di atas ialah contoh paparan sekiranya ingin format dan membuat startup disk untuk disket floppy, bukannya pendrive…). Oleh itu, perisian UNetbootin boleh digunakan sekiranya ingin membuat system boot disk untuk pendrive.

Cara Buat Boot Disk Guna Pendrive Menggunakan UNetbootin

  1. Download perisian UNetbootin.
  2. Install dan jalankan perisian UNetbootin.
  3. Sekiranya ada data di dalam pendrive, sila backup data terlebih dahulu.
  4. Format pendrive dan pilih menu “FreeDOS”.
    UNetbootin-FreeDOS-Pendrive
  5. Setting BIOS dan mulakan boot pada pendrive.
  6. MS-DOS boleh digunakan…

Bagi pengguna Linux Ubuntu, anda boleh download dan install perisian UNetbootin dengan taip arahan terminal sudo apt-get install unetbootin. Bagi pengguna Windows, anda boleh download perisian UNetbootin di http://unetbootin.sourceforge.net/.

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

30 thoughts on “Cara Buat Boot Disk Guna Pendrive (UNetbootin)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *