Panduan Cara Setting BIOS Untuk Ubah Boot Order / Priority (Hard Disk, CD ROM, Pendrive)

Mungkin ada yang masih keliru bagaimana untuk mengubah setting BIOS supaya komputer dapat diboot daripada hard disk / cd rom / pendrive / floppy disk. Oleh itu saya berikan panduan sepintas lalu untuk setting boot priority seperti di bawah…

    Setiap komputer mempunyai konfigurasi BIOS yang boleh anda ubah.
    Sebagai contoh;

  • sekiranya anda ingin membuat installasi operating system ( windows / linux / freebsd / …) daripada CD, maka anda perlulah mengubah setting BIOS supaya komputer di boot daripada “CD ROM” terlebih dahulu.
  • sekiranya anda mempunyai pendrive yang telah diisi perisian bootable seperti gparted, partedmagic, ubuntu pendrive, dan sebagainya, anda hendaklah mengubah setting BIOS supaya komputer di boot daripada “USB Drive” terlebih dahulu.
  • sekiranya anda ingin boot komputer daripada hard disk (kebiasaannya), anda hendaklah mengubah setting BIOS supaya komputer di boot daripada “Hard Disk” terlebih dahulu.
  • sekiranya anda ingin boot komputer daripada disket floppy (cara lama), anda hendaklah mengubah setting BIOS supaya komputer di boot daripada “Floppy” terlebih dahulu.

Langkah-Langkah Setting BIOS Untuk Ubah Boot Order / Priority

  1. Hidupkan komputer.
  2. Lihat paparan komputer, perhatikan petunjuk keyboard untuk memasuki “Setup”. Biasanya butang “Delete”, “Insert”, “F2” atau “F10” (bergantung kepada jenis komputer atau jenis BIOS).
  3. Pastikan anda tekan dengan pantas semasa paparan ini tidak bertukar ke paparan seterusnya (boleh tekan butang keyboard beberapa kali supaya tidak terlepas).
  4. Setelah anda berjaya memasuki menu BIOS, perhatikan petunjuk untuk membuat setting BIOS pada sudut bawah. Setelah memahami petunjuk tersebut, pilih menu “Advanced BIOS Features”.
    tukar-setting-bios-boot-priority-1
  5. Ubah pilihan pada menu “First Boot Device” supaya komputer boot mengikut pilihan yang anda inginkan, mengikut susunan keutamaan.
    tukar-setting-bios-boot-priority-2

* Bagi tujuan memilih boot daripada pendrive;
sekiranya anda menggunakan laptop, anda boleh pilih boot daripada Pendrive daripada menu tadi,
tetapi sekiranya anda menggunakan PC, anda perlu pilih “Hard Disk” pada menu “First Boot Device”. Kemudian pergi ke menu “Hard Disk Boot Priority”, seterusnya jadikan pendrive anda sebagai boot pertama yang perlu di boot.
tukar-setting-bios-boot-priority-3

* Mungkin gambar-gambar di atas adalah berbeza daripada paparan BIOS anda, tetapi konsep kaedah yang perlu dilakukan adalah sama sahaja.

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

20 thoughts on “Panduan Cara Setting BIOS Untuk Ubah Boot Order / Priority (Hard Disk, CD ROM, Pendrive)”

  1. Assalamualaikum…

    ada x software free utk sy recover data-data sy didalam external hardisk. bnyk yg sy download mnta serial key..ada x yg free..klu ada blh x emaik kepada sy..

    terima kasih atas bantuan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *