Anti-Virus AVG Sesuai Untuk Komputer Tiada Internet

Lazimnya komputer lama yang diletakkan di rumah, khasnya untuk kegunaan anak-anak selalunya tiada sambungan internet. Memang telah menjadi kebiasaan komputer tersebut tidak dipasang sebarang anti-virus kerana susah untuk membuat update anti-virus. Mungkin juga kerana komputer tersebut tidak mempunyai data yang penting, oleh itu tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun, sebenarnya komputer tersebutlah perlu diberi perhatian, selagi ia menggunakan Windows maka perlu dipasang anti-virus dan di update. Ini kerana anak-anak kebiasaannya kurang kesedaran untuk menjaga komputer dari sebarang virus, apa sahaja perisian (games) boleh dipasang, apa sahaja lagu boleh di salin dari pendrive yang dibawa dari cybercafe! Tidak mustahil virus yang terdapat pada komputer tersebut akan disalin pula kepada komputer yang lain!!!

gambar-logo-AVG

Bagi kes ini, saya menyarankan agar anda boleh mendapatkan anti-virus AVG kerana anda boleh membuat update anti-virus AVG secara manual.





Anti-Virus AVG percuma boleh di download di sini -> Free AVG Anti-Virus Download

Cara Update Anti-Virus AVG

    Terdapat 2 cara untuk update Anti-Virus AVG iaitu:

  1. Update secara automatik dari internet (Klik “Update Now” pada program AVG)
  2. Update secara manual (tanpa sambungan internet)

Cara Update Anti-Virus AVG Secara Manual (Tanpa Internet)

    Cara Update AVG bagi Versi 8.5, 9.0, 2011 adalah sama sahaja…

  1. Download update terbaru di “Website Update Patch AVG” dengan menggunakan komputer yang mempunyai sambungan internet (contohnya di pejabat, cybercafe)
  2. Simpan file update AVG yang telah di download ke dalam pendrive.
  3. Salin file update AVG tadi pada komputer yang tiada sambungan internet.
  4. Buka Program AVG.
  5. Pilih menu “Tools”, kemudian pilih “Update from directory”
  6. Pilih lokasi folder di mana anda salin file update AVG tadi. Klik “OK”. Biarkan sahaja proses update sehingga selesai.
Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

8 thoughts on “Anti-Virus AVG Sesuai Untuk Komputer Tiada Internet”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *