Belajar Guna Linux Dengan Puppy Linux

logo-puppy-linux

Ramai rakan-rakan saya yang telah “sebati” dengan Windows, agak keberatan untuk cuba menggunakan Linux, walaupun berbagai penjelasan diberikan (percuma, sekarang dah mudah, komputer lama pun boleh guna, tidak jauh beza dengan Windows, …) tetapi nampaknya semakin banyak pula soalan dan alasan untuk tidak menggunakannya. Saya faham, kalau nak berubah kepada sesuatu yang baru, biasanya memanglah begitu 🙂

Oleh itu, saya ingin memperkenalkan satu lagi Linux yang boleh anda cuba sekiranya ingin belajar-belajar berkenalan dengan Linux. Anda tidak perlu install dalam hard disk komputer anda, anda boleh jalankan Puppy Linux ini hanya menggunakan pendrive ataupun CD sahaja! Lagipun grafik Puppy Linux pun agak cun, menarik dan mudah digunakan… Kalau dah betul-betul puashati dan berminat, barulah install ke dalam hard disk.

Berikut ialah kelebihan menggunakan Puppy Linux…

Kelebihan Menggunakan Puppy Linux (dan lain-lain Linux)

  • Percuma.
  • Mudah untuk dipelajari.
  • Data lebih selamat berbanding Windows (dari serangan virus, spyware, …). Boleh rujuk artikel “safe internet banking“.
  • Selamatkan Data Yang Hilang Ketika Menggunakan Windows atau akibat serangan virus.
  • Boleh boot linux dari pendrive atau CD (tanpa guna hard disk)
  • Boot dan penggunaan applikasi adalah pantas, Puppy Linux hanya menggunakan 100MB sahaja! komputer lama pun boleh digunakan…
  • Boleh bawa kemana sahaja kerana puppy linux boleh dsimpan di dalam pendrive atau CD.

Cara Buat CD Bootable Puppy Linux

  1. Download file ISO dari website Puppy Linux.
  2. Burn file ISO tadi ke dalam CD.
  3. Restart komputer dan Boot Komputer Menggunakan CD Bootable Puppy Linux.

Cara Buat Pendrive Bootable Puppy Linux

  1. Rujuk artikel membuat bootable pendrive menggunakan UNetbootin bagi membuat bootable pendrive yang diisi perisian Puppy Linux. Anda hanya perlu pilih “Puppy Linux” dan klik “OK”.
    Cara-Membuat-Bootabel-Puppy-Linux
  2. Restart komputer dan Boot Komputer Menggunakan Pendrive Bootable Puppy Linux.
Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

16 thoughts on “Belajar Guna Linux Dengan Puppy Linux”

  1. as’salam…sy nak tny sifu sufian pasal nak install puppy linux.
    sbb sy dah buat boot guna unebootin – usb (successful, tapi..tapii..
    bila nak install puppy linux tu sy betul2x xtau n xpaham nak kena buat camne, tolong xplain details sikit pada sy bole?

    (skrg ade masalah dgn xternal- data xbole baca n minta sy format)
    so sy ingat nk try la dulu puuppy linux kot2 la bole backup data2 akaun yg mmg penting sgt, pasal audit punya kje.

    would highly appreciate your immediate response..thank you>>>

    1. salam,
      sebenarnya sy tunjuk puppy linux tu sebab tu antara linux yang paling ringan, boleh digunakan kalau setakat nak backup urgent data..
      banyak cara install di internet..

      tapi kalau masih tak boleh juga..
      minta tolong guna komputer sapa2 yg ada linux, utk backupkan.. mana2 linux pun boleh rasanya.. asalkan hard disk masih boleh detect..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *