Masalah Tidak Jumpa Pendrive , External Hard Disk (No Detect)

Sekadar berkongsi cara menyelesaikan masalah pendrive / external hard disk not detected.

Situasi Masalah:
Kawan saya baru sahaja membeli external hard disk di KL, apabila pulang ke rumah didapati external hard disk tersebut tidak dikesan oleh komputer (no detect). Kalau nak format pun, bila buka “My Computer” pun masih tidak dijumpai. Adakah external hard disk tersebut rosak? Bagaimana untuk menyelesaikannya? Perlukah untuk menukar external hard disk yang baru?

Jawapan:
External Hard Disk yang baru dibeli kadangkala belum diformat (unformatted). “My Computer” tidak dapat mengesan / membuka drive yang tidak diformat. Anda hanya perlu ikut langkah di bawah:

  1. Right Click pada ikon “My Computer” dan pilih “Manage”
  2. Klik pada “Storage…”
  3. Anda akan nampak drive external hard disk anda seperti di bawah, yang menunjukkan “Unformatted”
    pendrive-unformatted
  4. Pilih menu “format”
  5. Setelah format, anda boleh “My Computer” anda dan anda akan lihat drive External Hard Disk anda

* Penyelesaian di atas adalah salah satu contoh penyelesaian sahaja…

ps: Macam kaedah jawab soalan matematik masa sekolah dulu pulak 🙂

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

58 thoughts on “Masalah Tidak Jumpa Pendrive , External Hard Disk (No Detect)”

  1. Maaf nak tanya.. sy ada beli pendrive guna usb 3.0. Sebelom ni ok je laptop bole detect. Tapi masuk dekat laptop lain then dia suruh scan virus. Lepas tu semua dokument hilang dan laptop tak bole detect langsung. Dia keluar pc ni tak bole detect usb 3.0 . Macam mana ye?

  2. tiba-tiba Pendrive OTG saya tidak boleh detect di handpone & komputer…bagaimana cara nak betulkan dengan berkesan…semua cara yang yg anda bagitahu sudah saya buat….

  3. Hai, saya ada external hard disk(ehd) 500gb jenama Toshiba, mula mula masalah timbul, ehd selalu disconnect masa tengah guna secara tiba tiba. and then masalah baru timbul baru baru neh, terus dia tak boleh detect, dekat mana mana pc/laptop, lampu pon terus tak hidup. can someone please ajar macam mana nak betulkan semual ehd neh? saya simpan data data kerja/penting dalam dan sangat sangat memerlukan nya. macam mana nak recover benda neh tanpa perlu format/delete maklumat dalam tuh? Please?

  4. Masalah external saya x detec pada port usb 2.0.. dia cuma detec pada port 3.0 je.. dulu ok je semua detec… apakah penyebabnya dan macana ye solusinya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *