Pernah satu ketika dahulu semasa saya bekerja di Kuantan, tiba-tiba mouse komputer saya bergerak sendiri! Pandai pula klik-klik program komputer… Saya yang pada ketika itu agak panik sedikit (ingatkan virus), terus menggerakkan mouse / tekan keyboard berkali-kali. Tiba-tiba ada panggilan telefon, “Woi, jangan kacaulah.. aku tengah remote komputer engkau ni!!!”. – Laa.. orang HQ kat KL tengah remote komputer saya rupanya.. (kawan sepejabat dah install perisian remote sebelum ni).
Rasanya situasi / pengalaman saya di atas dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas berkenaan maksud remote komputer.
Dalam minggu ini, agak sibuk juga di pejabat. Banyak panggilan aduan yang diterima, akhirnya kerana hendak menjimatkan masa saya pun hanya remote sahaja komputer pengguna yang membuat aduan.
Sebenarnya terdapat banyak perisian remote komputer di internet, tetapi cara penggunaanya hampir sama. Contoh perisian remote komputer yang saya ingin terangkan ialah – Real VNC.
Cara Penggunaan Real VNC
- Terdapat 2 execute files yang perlu digunakan iaitu, Real VNC Server dan Real VNC Viewer (Client).
- VNC Server hendaklah dijalankan pada komputer yang hendak di remote.
- VNC Viewer hendaklah dijalankan pada komputer yang membuat remote terhadap komputer yang telah menjalankan VNC Server.
Kenapa Gagal Menggunakan Real VNC?
- Terdapat beberapa perkara yang anda perlu perhatikan sebelum / semasa menggunakan Real VNC.
- pastikan network yang digunakan adalah berkeadaan baik (stabil dan laju).
- pastikan firewall tidak block applikasi Real VNC.
- pastikan anda masukkan IP komputer dan password yang betul. (buat ping test dulu)
- jalankan Real VNC Server dahulu, baru jalankan Real VNC Viewer.
Fungsi-Fungsi Real VNC…
Anda boleh dapatkan perisian Real VNC versi percuma di sini -> download free Real VNC
* Boleh juga gunakan perisian ini untuk bergurau dengan rakan 🙂
* Jika ikon VNC pada systray Windows bertukar kepada warna lain (hitam), tandanya komputer anda sedang diperhatikan!
serem banget bisa dikontrol orang lain gitu komputernya hhiii
assalammualaikum cik sufian ada fb tak?nak tnya siket …
saya ada fb kat link tepi tu.. tapi saya jarang buka fb.. jawab kat blog ni je..
kt umh sy pakai unifi sy check x ade ip cm ne nk connect ngn mmber yg lain…cm ne nk buat…kang letak ip no connection lak…
saya tak pernah guna unifi lagi.. tapi macam pelik gak kalu takde ip, kalau guna ipv6 pun masih ada ip.. mungkin hidden kot..
tapi kalau nak guna VNC ni, lebih senang dalam LAN yang sama, atau segment yang sama.. kalau WAN, mungkin kena tengok byk perkara lagi.. contohnya firewall dll…
walaupun izwan guna unifi, tapi saya dapat tau IP yang izwan guna masa taip komen ni.. 120.140.*.* 🙂
nak tanya sikit… kat rumah saya ada 3 pc, sy punya 1, 2 lagi anak guna, maklumlah dah pandai guna pc, software ape nak guna untuk sy dapat perhatikan ape yang anak-anak saya apabila dia pc tersebut malalui pc saya. risau juga ni……. zaman skrg kecik2 dah pandai
guna software ni pun boleh, tak pun cctv.. hehe
cuba baca ni https://sufian.info/2011/10/perisian-mengawasi-penggunaan-internet-anak-anda/