Cara Baiki CD Rosak

CD adalah salah satu storan yang digunakan bagi menyimpan data. Mudah dibawa, disimpan dan digunakan. Tetapi ia mudah rosak dan mungkin juga berkulat sekiranya tidak dijaga dengan sebaiknya. Sekiranya CD tersebut rosak, maka berkemungkinan semua data di dalam CD tersebut tidak dapat dibaca. Bagi CD multimedia (movie) pula, mungkin akan mengalami gangguan pada kualiti gambar atau tidak dapat dibaca langsung.

Namun sebenarnya CD tersebut masih ada peluang untuk dibaiki bergantung jenis kerosakan pada CD tersebut. Sebagai contoh, sekiranya CD tersebut patah atau mempunyai calar yang teruk, maka ia tidak dapat dibaiki langsung. Tetapi sekiranya CD tersebut berkulat atau mengalami calar yang tidak ketara, ada kemungkinan CD tersebut dapat dibaiki. Cara yang ingin saya tunjukkan bukanlah menjamin 100% CD dapat dibaiki, anda boleh cuba sendiri untuk memastikan CD tersebut dapat dibaiki ataupun tidak…




Cara Baiki CD Rosak

  1. Anda boleh gunakan cecair pengilap logam contohnya Brasso, bagi contoh gambar yang saya gunakan, saya menggunakan cecair pengilap kereta 100% polimer (contoh je, bukan nak promote 🙂 )
    1-baiki-cd
  2. Kemudian tuangkan sedikit cecair tersebut ke atas tisu.
    2-baiki-cd
  3. Gunakan tisu yang telah dibasahkan dengan cecair pengilap tadi, sapukan pada CD. Sebaiknya dengan corak bulatan (seperti kita mencuci muka menggunakan cecair pelembap :p )
    3-baiki-cd
  4. Setelah 5 saat cecair itu telah kering, sapu CD dengan tisu bersih yang lain. Kemudian uji CD anda samada boleh digunakan lagi atau tidak…
Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

9 thoughts on “Cara Baiki CD Rosak”

  1. Cd bahasa spanish yg sy baru beli patah.. Belom apa2 lgi. Mungkin ptah dri pihak kurier.. Terbelah dua pulak tu. Mcm mana ni??????😭😭😭

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *