Cara Baiki Masalah Perisian di Ubuntu Dengan Mudah

Baru-baru ini, saya mengalami masalah untuk membuka website youtube. Website youtube boleh dibuka, tetapi video tidak boleh dilihat kerana masalah flash plugin error. Pelik juga kerana sebelum ini tiada masalah pun. Rupa-rupanya ada beberapa update sebelum ini yang menyebabkan perubahan pada plugin yang telah dipasang.

Secara kebiasaannya saya perlu pergi ke website flash untuk download dan install semula plugin flash, tetapi kali ini saya cuba cari penyelesaian lain pula. Ada jumpa cara command line untuk membaikinya, tetapi saya cari dulu penyelesaian yang lain yang lebih mudah, kalau-kalau ada. Akhirnya saya merujuk kepada saudara admin blog sumberterbuka.net, (cara paling mudah sebenarnya ialah “bertanya kepada yang pakar” :D). Terima kasih sumberterbuka.net!

Terlupa pula ubuntu menyediakan cara penyelesaian sangat mudah ini…

Cara Baiki Masalah Flash Plugin Ubuntu

    cara baiki masalah flash plugin ubuntu

  1. Buka System>Administration>Synaptic Package Manager
  2. search “flash” atau “flashplugin”
  3. Right Click pada package “flashplugin….” dan pilih “reinstall”
  4. Selepas siap reinstall, uji package flash plugin dengan membuka website youtube

* Teknik ini tidak semestinya untuk membaiki plugin flash sahaja, banyak masalah perisian boleh dibaiki menggunakan “Synaptic Package Manager” reinstall ini. Yang penting anda dapat mengesan punca masalah yang terjadi bagi mengenalpasti mana satu package perisian yang perlu di reinstall (installasi semula).

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

6 thoughts on “Cara Baiki Masalah Perisian di Ubuntu Dengan Mudah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *