Cara Sambung 2 Komputer Guna Cable Network

Walaupun pada masa kini, penghantaran dan perkongsian data dapat dilakukan secara live network, tetapi kadangkala kita terpaksa untuk menggunakan kaedah lama iaitu menghubungkan 2 komputer secara direct network menggunakan cable. Sebagai contoh, kita perlu membuat penyambungan diantara 2 komputer bagi tujuan perkongsian data (file sharing) atau back-up data, atau mungkin juga untuk setting LAN Game (Counter Strike, World of War, …). Memang benar bahawa penggunaan media terkini contohnya pendrive, external hard disk lebih mudah. Tetapi adakalanya terdapat situasi kita terpaksa juga membuat penyambungan terhadap 2 komputer menggunakan cara lama, iaitu menggunakan media cable network UTP.

Cara Sambung 2 Komputer Guna Cable Network

  1. Setkan Private IP Address bagi kedua-dua komputer. Contohnya komputer A menggunakan IP 192.168.0.1 dan komputer B menggunakan IP 192.168.0.2
    set-private-ip
  2. Kemudian hubungkan kedua-dua komputer tersebut menggunakan cross cable network (UTP Cable). Cara ringkas untuk mengenali cross cable ini ialah, susunan warna bagi kedua-dua hujung cable adalah berbeza.
    cross-network-cable
  3. Buat ujian network pertama: Icon Local Area Network adalah menyala (tiada simbol pangkah)
    LAN-connected
  4. Buat ujian network kedua: buka command mode (Start > Run > taip “cmd”), dan taip arahan ping kepada komputer satu lagi.
    Contoh komputer 1 ping komputer 2: ping 192.168.0.2
    Sekiranya ada reply, ia menandakan network berkeadaan baik.
    ping-2
  5. Tukar domain / workgroup kedua-dua komputer kepada 1 workgroup yang sama, contohnya “workgroup1”.
    set-workgroup
  6. Pada salah satu komputer, buat “sharing folders” terhadap data yang hendak dikongsi atau diback-up.
  7. Sekarang anda boleh berkongsi data diantara kedua-dua komputer tersebut. Cara untuk buka “sharing folders” pada komputer satu lagi ialah dengan membuka “My Network Places” atau cara pantas, buka menu “Run”, taip “\\“.
    Contoh: \\192.168.0.2
  8. Masukkan ID dan password administrator apabila diminta…
    login-komputer

Antara sebab kenapa komputer tidak berjaya disambungkan

  • Firewall komputer block applikasi servis “files/printer sharing”.
    Penyelesaian: Cara mudah, OFF kan firewall komputer buat sementara waktu.
  • Komputer tiada password Administrator.
    Penyelesaian: Setkan password Administrator.
Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

21 thoughts on “Cara Sambung 2 Komputer Guna Cable Network”

  1. tumpang tanya cara ni boleh buat untuk windows yang sama ke atau windos yang berbeza?sebab sekarang saya dminita untuk sharing komputer yg menggunakan windows xp dan windows 7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *