Bagi pengguna Windows mungkin tiada masalah untuk memasang / setting Streamyx. Sekiranya tidak pernah memasang Streamyx untuk Windows, anda boleh cuba panduan setting streamyx di sini -> Panduan Setting Streamyx.
Bagi pengguna yang baru pertama kali mencuba Ubuntu mungkin menghadapi sedikit kesukaran kerana cara setting streamyx untuk Ubuntu adalah berbeza dengan Windows. Sedangkan sambungan internet setelah installasi Ubuntu adalah penting bagi mendapatkan update, perisian-perisian tambahan… Oleh itu disertakan Cara Setting Streamyx untuk Ubuntu seperti di bawah:
Cara Setting Streamyx Untuk Ubuntu
- Pasang cable dan modem streamyx seperti buku manual modem streamyx yang diberikan
- Pada Ubuntu, buka terminal, kemudian taip sudo pppoeconf
- Ikut sahaja langkah-langkah seterusnya, masukkan ID dan password
Cara memeriksa Streamyx Connection
- Pada terminal, taip plog atau sudo plog
- Jika IP DNS telah dipaparkan, anda boleh cuba arahan ping contohnya ping sufian.info.
Jika ada reply, tandanya connection streamyx ok.
Cara Tutup Sambungan (Connection) Streamyx
- Pada terminal, taip sudo poff atau sudo poff -a
Artikel yang bagus. Aku guna router sampai terlupa untuk fikir camne nak setting streamyx atas ubuntu..
ada byk cara, tapi rasanya cara ni paling mudah..
alahai… bnoleh buntu aku kalau guna ubuntu nih.. hehe..
kalau u buntu, i try bantu..hehe