Masalah Game Lama (Thief Eidos)

Bila belek-belek CD-CD Game lama, terjumpa pula game Thief The Dark Project. Memang seronok bila teringat masa dulu-dulu, sewaktu kemaruk main game. Cuba install semula game ni PC, walaupun skill dah tak macam dulu lagi..

game-lama-thief

Masalahnya baru je 5 minit running game ni, tiba-tiba game thief ni hang pula!! Terpaksa tekan Alt+Tab untuk hentikan program ni. Rupa-rupanya bukan game ni sahaja yang jadi masalah seperti ini, tetapi hampir semua game lama keluaran Eidos Entertainment akan jadi masalah yang sama. Setelah diperiksa, ada kemungkinan punca masalah ini adalah disebabkan game lama ini tidak compatible dengan dual processor yang digunakan. Penyelesaian adalah seperti di bawah:

Menyelesaikan Masalah Game Lama Thief Yang Hang

  1. Install dan Run Game
  2. Sebaik sahaja menu game tersebut muncul, tekan “Ctrl + Shift + Esc” untuk membuka “Windows Task Manager” secara pantas. Pilih tab “Processes”.
    game-lama-thief1
  3. Cari nama file program game tersebut, contohnya “Thief.exe”
  4. Right Click Mouse pada nama file tersebut, pilih “Set Affinity…”
    game-lama-thief2
  5. Pada paparan Processor Affinity tersebut, setting supaya hanya pilih satu processor sahaja. Klik OK.
    game-lama-thief3
    game-lama-thief4
  6. Tekan “Alt + Tab” untuk kembali semula kepada game tadi. Anda boleh main game ini seperti biasa…
Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

4 thoughts on “Masalah Game Lama (Thief Eidos)”

Leave a Reply to smadav Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *