Cara Download Video Dari Youtube

Artikel ini adalah bagi menjawab soalan saudari logeswary berkenaan cara download video dari Youtube.com. Sebenarnya terdapat banyak website, perisian dan kaedah untuk download video dari Youtube, tetapi cara yang saya tunjukkan ialah kaedah yang biasa saya gunakan.

Cara Download Video Dari Youtube

Website yang sering saya gunakan bagi tujuan download video dari Youtube ialah KeepVid.com.

  1. Sebagai contoh, saya hendak download video lagu 1 Malaysia dari Youtube, maka saya perlu copy url address nya terlebih dahulu. cara-download-video-dr-youtube
  2. Buka website keepvid.com, Kemudian letakkan url address tadi di ruang yang disediakan. Kemudian klik “Download”. cara-download-video-youtube
  3. Selepas itu ikut sahaja arahan seterusnya untuk download file tersebut. Anda juga boleh menggunakan cara cepat download video yang telah saya tunjukkan sebelum ini.

Update: Info update dari komen di bawah, saudari “sya” juga menyatakan terdapat cara download video dari youtube daripada website savevid.com.

Cara Download Video Dari Youtube Bagi Pengguna Ubuntu

Namun, sekiranya anda menggunakan Ubuntu, anda boleh download video Youtube dengan lebih mudah!

  1. Buka Youtube dan mainkan video tersebut di Youtube sehingga habis.
  2. Jangan tutup website Youtube tersebut lagi!
  3. Sekarang anda buka File Browser dan pergi ke direktori /tmp
  4. Salin segera file temporary flash youtube tersebut (*.flv) dan buka file tersebut menggunakan FLV Player pula nanti.
Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

6 thoughts on “Cara Download Video Dari Youtube”

  1. salaam, sekadar perkongsian

    sy dulu selalu je download guna KEEPVID nih tapi sampai satu masa, keepvid tu cam dah jadi xbest..

    so skg ni sy lebih suka download kat SAVEVID.COM je… lebih kurang je savevid.com dan keepvid.com nih..tapi savevid much better even if internet slow.. ^^

    selain aku ada gak download guna internet download manager (idm)…sbnrnya idm nih lagi laju ^^

    1. aku download ok je, tak taulah kalu sebab capaian internet aku ok.. lagipun dalam keepvid tu kan ada pilihan untuk jenis download.

      kalau pilih download laju, maka kualiti video kurang.
      kalau pilih download slow sket, tapi kualiti video bagus.

Leave a Reply to decrewz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *