Pada ketika bersekolah dahulu, teringat subjek biologi yang menerangkan “hibernasi” (hibernate) yang memberikan contoh katak kutub yang melakukan aktiviti hibernasi semasa musim sejuk, dengan cara tersebut katak kutub itu dapat mengurangkan aktiviti yang menggunakan tenaga, kurang makan dan hanya membatukan diri sahaja seperti mati, tapi sebenarnya masih bernyawa. Oleh itu, tenaga dapat dijimatkan.
Fungsi Hibernate / Stand-By
Sama juga konsep hibernate pada komputer pada masa kini. Ia bertujuan dapat menjimatkan tenaga elektrik sekiranya komputer tidak aktif digunakan. Tujuan hibernate dan stand-by adalah sama, tetapi proses yang dilakukan adalah berbeza. Dengan melaksanakan hibernate / stand-by, komputer masih tidak dimatikan walaupun pada zahirnya nampak komputer telah pun padam (seperti shut-down). Untuk menggunakannya semula, pengguna perlu tekan butang ON sahaja.
Perbezaan Hibernate dan Stand-By
Hibernate akan menyimpan paparan / program yang ada ke dalam hard disk. Ia juga akan menyebabkan komputer lambat sedikit dibuka, sekiranya komputer kembali diaktifkan semula bagi menyambung kerja.
Berbeza pula dengan Stand-By dimana paparan / program semasa akan disimpan ke dalam RAM. Oleh itu, saiz RAM yang besar diperlukan. Sekiranya komputer (tidak menggunakan bateri seperti laptop) hendak menggunakan Stand-By, pastikan suis tidak dimatikan kerana fungsi mode Stand-By hanya berfungsi sekiranya komputer mempunyai sumber elektrik sahaja!
Keadaan Yang Tidak Memerlukan Fungsi Hibernate / Stand-By
Cuma hendak dikongsikan sedikit pengalaman, sekiranya laptop yang digunakan untuk taklimat / ceramah / pembentangan dan seumpanya.. pastikan anda tidak menggunakan mode hibernate atau stand-by langsung. Kerana sekiranya penceramah terlalu lama menerangkan sesuatu slide pembentangan, maka secara tiba-tiba komputer tersebut akan bertukar ke fungsi hibernate / stand-by. Kemudian kita yang bertugas sebagai juruteknik terpaksa naik ke pentas setiap kali untuk menyelesaikan keadaaan… nak ON semula ~5 minit, taklimat terganggu.. kemudian kita di atas pentas yang malu!
oic.. begitu pulak bezanya
mmg jarang ambik port hal ni..
biasa shutdown jer
prepare takut terkena..
Pakai hibernate windows lebih cepat booting.
secara teorinya, stand-by lebih cepat recover screen berbanding hibernate kerana stand-by hanya guna ram.
aku masa memula tengah “gatal” blaja guna PC pernah melakukan kesilapan tersebut huhuhu 😛
boleh juga gunakan taktik ni utk cukupkan masa presentation :p
selama ni tak mau ambil tau pun apa beza hibernate and standby.. thanks for sharing!
🙂
stakat ni xpernah jumpa lagi tgh present boleh hibernate.. mmg sedih la kalau jd camtu..
kat tempat sy kerja memang selalu jadi, pastu bila jadi camtu.. masing2 tak nak naik pentas.. hehe