Disamping menggunakan perisian Don’t Sleep bagi penggunaan laptop yang digunakan untuk seminar, presentation dan sebagainya, perisian BatteryBar juga boleh memudahkan kerja.
Perisian BatteryBar memudahkan anda untuk memantau penggunaan bateri untuk laptop yang digunakan.
Kelebihan Perisian BatteryBar
Dari pemerhatian, didapati perisian BatteryBar memberikan maklumat lebih tepat berbanding perisian sediaada pada Windows.
Apabila bateri laptop sedang dicas, perisian BatteryBar memberikan maklumat anggaran masa yang diperlukan agar bateri dapat dicas sepenuhnya.
Apabila bateri laptop sedang digunakan, perisian BatteryBar sentiasa memaparkan baki bateri sedia ada, penunjuk warna hijau / kuning / merah dapat memudahkan pemantauan bateri yang sedang digunakan.
Contoh paparan BatteryBar pada desktop taskbar :
Contoh paparan pop-up BatteryBar (sedang dicas):
Contoh paparan pop-up BatteryBar (sedang diguakan):
Anda boleh download perisian BatteryBar di sini –> Download Perisian BatteryBar