Cara Memasang CD / DVD SATA

Kaedah untuk memasang CD/DVD yang menggunakan cable SATA.

Bagi menjawab soalan essa, maka saya terangkan langkah-langkah pemasangan CD / DVD SATA seperti berikut…

Sebenarnya cara memasang DVD SATA adalah hampir sama dengan cara memasang hard disk SATA. Mungkin anda perlu lihat kaedah pemasangan hard disk SATA terlebih dahulu bagi memudahkan pemahaman.

  1. Pasang DVD SATA pada casing dengan sempurna dan diketatkan semua skrew.
  2. Untuk mengenali DVD SATA, anda boleh lihat port SATA seperti gambar di bawah:
    port-dvd-sata
  3. Kemudian ambil satu power connector untuk SATA dan sambungkan kepada DVD.
    cara memasang dvd sata
  4. Kemudian sambungkan 1 cable SATA ke motherboard dan hujung satu lagi digunakan untuk disambungkan ke port DVD.
    Sambung SATA ke motherboard

    Gambar Pegang Cable SATA

  5. Inilah contoh pemasangan SATA power connector dan SATA cable kepada DVD.
    cara pemasangan dvd sata
  6. Uji pemasangan DVD yang telah dilakukan dengan melihat kepada paparan POST atau BIOS Settings.
Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

6 thoughts on “Cara Memasang CD / DVD SATA”

  1. gmana caranya menggabungkan CD Drive ke 2 hard disk? kan kalau kita memakai cable IDE satu hard disk untuk Master and satu untuk Slave dan lalu untuk connec ke CD drive apa perlu cable lagi?

Leave a Reply to Ajunk Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *