Cara Memasang Jumper Front Panel

front-panel

Ada yang bertanyakan kepada saya cara untuk memasang jumper front panel. Sufian .info tidak dapat menerangkannya secara keseluruhan kerana jumper front panel adalah tidak sama / standard diantara semua motherboard. Tambahan pula penerangan secara berdepan adalah lebih mudah difahami berbanding secara penerangan di blog ini, namun saya berikan sedikit tips pemasangan jumper front panel serba sedikit agar boleh dijadikan panduan.

Biasanya setiap motherboard ada memberikan petunjuk pemasangan jumper front panel, tetapi adalah lebih mudah sekiranya anda merujuk buku manual motherboard sekiranya ada. Anda juga tidak perlu risau sekiranya tersilap memasang jumper tersebut kerana sekiranya kesilapan berlaku, biasanya ia hanya menyebabkan sesuatu fungsi front panel itu tidak boleh digunakan sahaja.

Contoh 1 Pemasangan Jumper Front Panel

frontpanel_legend

  • Pin X dan 9 – Untuk memastikan anda melihat pin front panel pada kedudukan yang betul.
  • Pin 1 dan 3 – Untuk Lampu LED semasa hard disk dibaca.
  • Pin 2 dan 4 – Untuk Lampu LED semasa komputer sedang ON Power.
  • Pin 5 dan 7 – Untuk fungsi button reset.
  • Pin 6 dan 8 – Untuk fungsi button ON komputer.

Contoh 2 Pemasangan Jumper Front Panel

front-panel-motherboard

  • 4 pin warna oren – Untuk jumper speaker.
  • 2 pin warna merah – Untuk fungsi button ON komputer.
  • 2 pin warna hijau tua – Untuk fungsi button reset.
  • 2 pin warna hijau muda – Untuk Lampu LED semasa komputer sedang ON Power.
  • 2 pin warna biru – Untuk Lampu LED semasa hard disk dibaca.
Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

3 thoughts on “Cara Memasang Jumper Front Panel”

  1. …….gan tolong saya.d komputerku ada pesan “eror loading oprating system” uda d coba instal ulang masih ttp za pesan tu ada…mohon solusinya gan makasih banyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *