Perisian Mengawasi Penggunaan Internet Anak Anda

Dua contoh perisian yang mudah untuk mengawasi penggunaan internet di komputer anda.

Mungkin artikel ini dapat membantu saudara Rod bagi mengawasi penggunaan internet / penggunaan komputer oleh anak-anaknya.

Terdapat banyak cara dan perisian untuk anda mengawasi penggunaan internet yang digunakan pada komputer anda, tetapi disarankan anda menggunakannya bagi tujuan kebaikan bukan sebaliknya… Saya tunjukkan dua perisian yang mudah untuk digunakan seperti di bawah:

Windows Parental Controls

awasi-penggunaan-internet-windows-7
Windows 7 juga telah menyediakan satu perisian yang dinamanakn Windows Parental Controls. Anda boleh aktifkan perisian ini dengan pergi ke Control Panels. Kemudian pilih “Set up Parental Controls” pada menu “User Accounts”, dan aktifkan.
Dengan adanya perisian Windows Parental Controls ini, anda boleh mengawal:

  • laman web, kandungan laman web, fungsi downloads yang dibenarkan / dilarang.
  • masa penggunaan internet yang dibenarkan untuk satu-satu login pengguna.
  • games yang dibenarkan / dilarang.
  • perisian yang dibenarkan / dilarang.

K9 Web Protection

awasi-penggunaan-internet-k9-web-protection





Anda juga boleh menggunakan perisian percuma yang dikeluarkan oleh BlueCoat, iaitu K9 Web Protection.
Perisian ini menyediakan kawalan yang lebih dengan mengawal kategori, safesearch, custom lists dan lain-lain.
Anda boleh download perisian K9 Web Protection di sini -> Perisian K9 Web Protection

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *