Cara Install Android di Komputer

Cara Install Operating System Live Android dengan menggunakan perisian Virtual Box.

cara-install-android-7

Pada masa kini, telah ramai yang menggunakan sistem operasi android. Samada android tablet desktop ataupun android mobile phone. Android telah diperkenalkan oleh Google Inc., maka tidak hairanlah android agak meluas dan popular dengan cepat. Tambahan pula antaramukanya yang amat menarik, ringkas dan sesuai dengan penggunaannya.

Bagi sesiapa yang masih belum mencuba android ini, anda masih berpeluang untuk mencubanya di komputer anda walaupun komputer anda bukanlah menggunakan teknologi touch screen!

Cara Install Live Android

Caranya amat mudah, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk install Live Android:

1. Download Live Android.

liveandroidv0.2.iso.001
liveandroidv0.2.iso.002

atau versi terkini di live-android

Kemudian gabungkan kedua-dua files tersebut menggunakan perisian hjsplit.

hjsplit.org

Saiz file ISO Live Android hanya 172.5MB sahaja.

2. Kemudian, anda perlu menggunakan perisian Virtual Box. Sila rujuk artikel penggunaan Virtual Box yang telah diterangkan.

3. Semasa proses “Create New Virtual Machine”, pastikan anda memilih “OS Type”

Operating System: Linux
Version: Linux 2.6

* Saya gagal sebelum ini kerana tersilap membuat pilihan “OS Type” ini.

cara-install-android-1

Kemudian, ikut sahaja langkah seterusnya seperti artikel penggunaan Virtual Box.

4. Setelah Virtual Machine Android telah dibuat, pilih menu “Settings”.

cara-install-android-2

Pada menu “Storage”, pilih direktori dan file ISO Live Android tadi.

cara-install-android-3

cara-install-android-4

5. Mulakan boot sistem operasi Live Android anda.

cara-install-android-5

Ini adalah contoh menu-menu applikasi yang disediakan oleh Live Android.

cara-install-android-6

Cara Guna Live Android

Shortcut Key Untuk Live Android:

Arrows – navigation

Enter – confirm

Left Windows key – home

Escape – back

Menu key – application menu

(sebelah kiri dari Ctrl kiri)
Alt + F1 – Console mode

Alt + F7 – Graphical mode

Untuk shutdown live android, saya hanya jumpa cara secara ‘console mode’ sahaja:
taip poweroff -f

Download Perisian-Perisian Android

Perisian tambahan android boleh didapati di market.android.com

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

11 thoughts on “Cara Install Android di Komputer”

Leave a Reply to joudagh meubel Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *