Pada masa kini, telah ramai yang menggunakan sistem operasi android. Samada android tablet desktop ataupun android mobile phone. Android telah diperkenalkan oleh Google Inc., maka tidak hairanlah android agak meluas dan popular dengan cepat. Tambahan pula antaramukanya yang amat menarik, ringkas dan sesuai dengan penggunaannya.
Bagi sesiapa yang masih belum mencuba android ini, anda masih berpeluang untuk mencubanya di komputer anda walaupun komputer anda bukanlah menggunakan teknologi touch screen!
Cara Install Live Android
Caranya amat mudah, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk install Live Android:
1. Download Live Android.
liveandroidv0.2.iso.001
liveandroidv0.2.iso.002
atau versi terkini di live-android
Kemudian gabungkan kedua-dua files tersebut menggunakan perisian hjsplit.
hjsplit.org
Saiz file ISO Live Android hanya 172.5MB sahaja.
2. Kemudian, anda perlu menggunakan perisian Virtual Box. Sila rujuk artikel penggunaan Virtual Box yang telah diterangkan.
3. Semasa proses “Create New Virtual Machine”, pastikan anda memilih “OS Type”
Operating System: Linux
Version: Linux 2.6
* Saya gagal sebelum ini kerana tersilap membuat pilihan “OS Type” ini.
Kemudian, ikut sahaja langkah seterusnya seperti artikel penggunaan Virtual Box.
4. Setelah Virtual Machine Android telah dibuat, pilih menu “Settings”.
Pada menu “Storage”, pilih direktori dan file ISO Live Android tadi.
5. Mulakan boot sistem operasi Live Android anda.
Ini adalah contoh menu-menu applikasi yang disediakan oleh Live Android.
Cara Guna Live Android
Shortcut Key Untuk Live Android:
Arrows – navigation
Enter – confirm
Left Windows key – home
Escape – back
Menu key – application menu
(sebelah kiri dari Ctrl kiri)
Alt + F1 – Console mode
Alt + F7 – Graphical mode
Untuk shutdown live android, saya hanya jumpa cara secara ‘console mode’ sahaja:
taip poweroff -f
Download Perisian-Perisian Android
Perisian tambahan android boleh didapati di market.android.com
Salam En Sufian.
HP saya sudah x boleh dibuka (hang). Boleh ke sy install semula android yang baru melalui komputer ke Hp tersebut. (Macam install windows pada PC)format semula. Kalau boleh bagaimana caranya?
Salam,
Kalau tak silap, kena guna android khas untuk phone. Saya tak pernah buat untuk phone.. sori ye
Salam Sufian !!!
Aku memang tak paham la IT nie… tapi aku pakai android kat handphone ajer la….
Baru aku tau, yang android pun boleh guna kat PC.. Terima kasih untuk info tu…
Sufian… aku ada benda yang nak minta tolong ko jelaskan maksudnya…
Boleh tak ko jengok blog aku jap…
TQ in advance…
salam,
bagaimana nak setting internet connection untuk adroid live ni??
terima kasih…
salam, saya guna virtual je, so internet connection automatik dah siap..
uik? saya tak le install via virtual la, lambat sangat install..:)
ni setakat nak mencuba je, bukan nak install betul2.. 🙂
apa kelebihan guna android di komputer kita ni?
masing2 ada kelebihannya.. ikut citarasa sendiri dan budget.
saje je tunjuk cara install android, pada sapa2 yang teringin nak guna tapi belum beli gadget android lagi…