sufian on March 5th, 2010

Kita sering terjumpa perkataan “chipset” sekiranya melihat spesifikasi sesuatu motherboard. Kadangkala jurujual juga ada menekankan chipset motherboard bagi menentukan harga motherboard. Ini menunjukkan bahawa chipset juga penting bagi pemilihan motherboard.

    Mengenal Chipset

Chipset ialah IC/chip utama yang dipasang pada motherboard. Chipset berfungsi untuk menjalankan operasi utama penghantaran data di motherboard. Tanpa chipset, setiap komponen komputer tidak dapat dihubungkan. Diantara contoh chipset ialah Intel, SiS, VIA, … dan berbagai-bagai lagi yang boleh dilihat dipasaran.

    Gambar Chipset

Contoh gambar Chipset adalah seperti di bawah. Terdapat 2 jenis chipset iaitu Southbridge Chipset dan Nortbridge Chipset. Sila rujuk artikel Diagram Motherbord bagi melihat komponen motherboard yang dihubungkan kepada setiap chipset.

Gambar Northbridge Chipset
Selalunya southbridge chipset dilekatkan heat sink (penyejuk) di atasnya. Ini adalah kerana southbridge chipset menjalankan penghantaran data dengan sangat pantas pada setiap masa, dengan menjalankan tugas paling utama di motherboard. Penerangan lanjut diterangkan di artikel Diagram Motherbord.
Sila klik di sini untuk baca seterusnya

Tags: ,

sufian on February 24th, 2010

AMI BIOS
Sila klik di sini untuk baca seterusnya

Tags: ,

sufian on February 18th, 2010

diagram motherboard
Sila klik di sini untuk baca seterusnya

Tags: ,

sufian on February 15th, 2010

gambar bios ic

Bagi memudahkan kita mengenalpasti kerosakan komputer, setiap motherboard telah direka supaya mempunyai “beep code” tertentu mengikut error yang berlaku. Namun, ianya berbeza mengikut bios motherboard tersebut.

Sila klik di sini untuk baca seterusnya

Tags: , , ,

sufian on January 10th, 2010

Motherboard ataupun mobo ialah papan litar elektronik yang menghubungkan semua hardware komputer yang dipasang padanya. Terdapat berbagai-bagai jenama dipasaran contohnya ASUS, Gigabyte, Foxconn, Abit, Biostar dan lain-lain lagi. Harganya pula berbeza mengikut jenama, chipset, built-in ports, built-in graphics, slot dan lain-lain. Terpulang kepada pengguna untuk membeli yang mana sesuai dengan keperluan masing-masing.

Namun, pembeli mestilah peka dengan ciri-ciri “compatible” dan mengikut arus teknologi semasa. Sekiranya pembeli tersilap memilih motherboard yang sesuai, maka pembeli akan menanggung risiko kerugian, lebih malang lagi sekiranya motherboard tersebut tidak compatible dengan hardware komputer yang lain. Maka motherboard tersebut tidak dapat digunakan. Walaupun biasanya motherboard mempunyai jaminan setahun, tetapi kesilapan memilih motherboard tidak termasuk didalam jaminan ini.

Oleh itu, pembeli disarankan untuk mengikut panduan pemilihan motherboard seperti di bawah:

1 – Socket Processor
gambar socket processor
Sila klik di sini untuk baca seterusnya

Tags: ,